Friday, June 20, 2014

PeatPot

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

PeatPot ni saya perolihi dari ACE Hardware pada harga RM9.90 sepaket yang mengandungi sebanyak 12 tablet..

Hari ini saya sekadar berkongsi pengalaman pertama saya menggunakan medium semaian selain dari tanah iaitu peatpot untuk menyemai anak benih saya...

Disebabkan saya juga masih dalam proses pembelajaran sementelah lagi ini merupakan pengalaman pertama saya menggunakan kaedah ini..Jadi saya tidak dapat memberi sebarang komen sekadar berkongsi cerita bergambar untuk ingatan dan tatapan di masa hadapan.

CARA PENYEDIAANNYA (Seperti yang tertera di penbalut:

   
 (01) Masukkan satu tablet peatpot ke dalam bekas semaian


(02) Masukkan sedikit air dan biarkannya lebih kurang 15~20 min
 (03) Setelah 15~20 min, peatpot mula mengembang dan sedia digunakan

 Biji benih Cili Solok Kampung

 Biji Benih Cili Benggala Kuning (capsicum~Yellow)

  Biji Benih Cili Benggala Merah (capsicum~Merah)

 Biji Benih Bunga Telang

 Biji Benih Bendi OP

Biji Benih Nona

No comments:

Post a Comment