Wednesday, June 18, 2014

Mol Kangkung (FPJ)

Assalamualaikum...dan salam sejahtera...

Buah Cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan..

Untuk post pertama..saya mulakan dengan perkongsian penyediaan MOL terlebih dahulu...Saya bukanlah terlalu arif berkenaan ilmu berkebun tetapi berlandaskan minat, saya cuba mengumpulkan beberapa maklumat ringkas yang saya perolihi dan di kumpulkan di sini untuk rujukan saya di masa hadapan dan harap dapat memberi sedikit panduan untuk rakan-rakan di luar sana...

Jadi untuk permulaannya..jommm kita intai-intai dulu kaedah penyediaan mol kangkung..kredit buat Kak Nurwahidah Hambali di atas kesudian beliau berkongsi ilmu berguna ini..
 
PENYEDIAAN FPJ ( Fermented Plant Juice )
Sumber rujukan : Kak Nurwahidah Hambali
Fungsi mol kangkong untuk menghijaukan daun, keluarkan pucuk baru dan rangsang anak baru serta besarkan daun.

BAHAN-BAHAN
  • Kangkong 1 kg
  • Gula Merah 1 kg
  • Pisau
  • Papan pemotong
  • bekas
  • Kain
  • pen marker
PENYEDIAANNYA
  1. Ambil kangkong liar yang berada dalam parit ( free, x payah beli ), seelok2nya ambil awal pagi kerana masih terdapat hormon / enzim yang amat baik pada masa itu.
  2. Potong kecil2 ( jangan basuh ), masukkan dalam bekas dan campurkan dengan gula merah pada kadar 1:1.
  3. Selepas itu tutup bekas dengan kertas mahjung dan ikat dengan dengan getah serta labelkan tarikh buat.
  4. Ditapis pada hari ke - 7. cecair yer disimpan dalam botol, jangan rapatkan tutupnya. sisa kangkong tadi boleh dibuat kompos atau diletak di bawah pokok buah2an,bunga ( jangan letak banyak2), cukup sekadar kelilimg pokok.
*** Mudah bukan.belajar buat MOL kangkong ini dulu.


Cara Penggunaan :  
  • Kadar 20ml mol /10 liter air.....Kalu guna 5 liter air mol 10ml la
  • Siram pada pokok pada kekerapan 2 hari sekali atau jika pokok sudah subur, boleh juga digunakan seminggu sekali...  
Hampas yang ditapis boleh saja di tabur di pangkal pokok sebagai baja...tapi tidak perlu di letakkan terlalu banyak...cukup sekadar di sekeliling pokok sahaja...

1 comment:

  1. Casino Tycoon - Las Vegas (NV) USA | Mapyro
    Casino Tycoon 광명 출장안마 in Las 원주 출장마사지 Vegas, Nevada. 창원 출장마사지 Hotel is situated in the centre of downtown Las 하남 출장안마 Vegas. Mapyro's 고양 출장마사지 location is approximately 30 minutes' drive from the

    ReplyDelete